Tuesday, November 16, 2010

Selamat Bercuti dan Salam Aidiladha...

sedar tak sedar, rupanya hari ni merupakan hari terakhir persekolahan. banyak benda betul nak settle untuk hari ni...

senarai semak yg aku dapat seminggu lalu betul2 berguna time ni..buku rekod PLBS, buru rekod pengajaran, buku panduan guru, alamat masa bercuti, semua aku dah settle awal2..

cuti ni sku nak kemas kini fail PIBG..Minit mesyuarat Agung yang lepas perlu dikemaskini..tahun depan bertambah lagi tanggung jawab aku..dilantik sebagai Ketua Panitia PSK dengan menjadi guru kelas. dua benda baru yang aku kena belajar daripada cikgu2 lama..InsyaAllah, aku ingat pesan orang tua ku. Kalau kita buat kerja dengan ikhlas, Allah akan permudahkan urusan kita..Amin...

Semoga tahun depan menjadi tahun aku lebih gigih berusaha..kepada kawan2 PISMP-BM yang tamat pengajian tahun ni, tahniah kepada korang..selamat datang ke dunia sebenar perguruan..Salam Aidiladha...

Wednesday, November 3, 2010

Bajet Perkahwinan

Musim cuti sekolah dah tiba..jadi, dah tentu musim perkahwinan juga semakin meriah pada cuti sekolah ni..pada sesiapa nak kawin tu, dah buat bajet perkahwinan anda??..so silalah buat checklist berikut ek...


Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan:

* Kursus perkahwinan
* Wang hantaran
* Mas kahwin
* Upah jurunikah
* Kad jemputan
* Setem
* Cincin tunang
* Cincin kahwin
* Barang kemas
* Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
* Tempat penginapan untuk rombongan



Barangan Hantaran:

* Sirih junjung
* Potpurri
* Al-Quran
* Telekung/sejadah
* Kain ela
* Baju kurung
* Beg tangan
* Tuala
* Jam
* Kasut
* Satu set peralatan solek
* Satu set penjagaan badan
* Buah-buahan
* Puding
* Coklat
* Kek



Juruandam:

* Pelamin
* Bunga pahar
* Bunga telur/cenderahati tetamu
* Baju songket
* Hiasan bilik tidur
* Pintu gerbang
* Hiasan hantaran



Abadikan memori:

* Videografi yang siap disunting
* Jurugambar



Kanopi:

* Kanopi
* Kerusi dan meja
* Alas meja
* Kipas siling
* Lampu
* Upah pekerja



Hotel atau taman:

* Sewa hotel atau taman
* Kerusi dan meja
* Menu
* Penyambut tetamu
* Pengiring



Makan beradap:

* Set meja pengantin
* Kerusi dan Meja
* Alas meja
* Skirting
* Scallop
* Kerusi banquet
* Bunga bouquet
* Lauk pengantin
* Penanggah



Katering:

* Nasi dan lauk pilihan
* Buah-buahan
* Air (kordial)



Hiburan:

* Kompang
* Silat pengantin
* Cak lempong
* Kumpulan marhaban/berzanji




Sistem PA:

* Satu set sistem PA
* DJ / MC



Bulan Madu:

* Percutian



Jumlah perbelanjaan = RM ????


Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:

* Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500 Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.

* Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500 Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.

* Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500 Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.


PERKAHWINAN ITU AMAT INDAH, JANGAN KITA BEBANINYA DENGAN PERKARA YANG MEMUDARATKAN..SEBUAH MAJLIS PERKAHWINAN BUKAN UNTUK DIMEGAH-MEGAHKAN, CUKUPLAH SEKADAR SERBA RINGKAS TETAPI MENYENANGKAN...

Thursday, August 26, 2010

Alhamdulillah...dapat RM 500




Setinggi2 syukur pada Allah SWT, tahun nie dapat duit raya dari kerajaan RM 500...mungkin nilai duit sebanyak ni tak tinggi mana kalo nak dibandingkan dengan harga barang2 yang semakin mahal sekarang. Namun kita perlu bersyuukur kerana sebanyak sedikit, wang raya dari kerajaan ini dapat meringankan beban kepada kakitangan awam yang sememangnya memerlukan wang tambahan lebih2 lagi pada musim raya yang akan menjelang tiba nanti..

kalo di tanya pada orang yang bujang macam musa, rosli, dan kawan2 seangkatan masa kat IPGM kampus keningau dulu, mungkin tahun nie bergaya la raya diorang..tapi bagi aku yang dah berkahwin ni, kena rancang sebelum gunakan wang raya tu. maklumlah, ada dua keluarga, kalo nak bagi duit raya, kena bagi dua2 keluarga..

apa2 hal pun, aku bersyukur di atas rahmat dan rezeki daripada Yang Maha Esa ini...alhamdulillah....

Monday, July 12, 2010

Lamanya...

Salam kengkawan..lama betul rasanya aku tak post apa2 dalam blog ni..boleh dikatakan sejak start posting ni, inilah kali pertama aku update blog..sibuk betul rasanya..banyak benda aku nak citer, nak kongsi dengan korang..tapi insyaAllah slow2 kot..macam drama la, setiap minggu ada episod tertentu kan?hehehe..ok la untuk permulaan ini..see next round..bye..

Monday, November 9, 2009

Awas jika hendak mandi di air terjun..

Jikalau kita perhatikan sekarang ni musim hujan..kalau tak hujan lama, kadang2 hujan sekejap2..so kepada sesiapa yang ada merancang nak mandi sungai atau laut tu berhati2lah..jangan jadi macam kat bawah dahla. daripada nak gembira bertukar jadi tragedi malang...


































Sunday, November 8, 2009

Indahnya Malam Pertama Kita..

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan..,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi......
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Catatan ini khusus buat teman-teman tersayang supaya dapat merasakan dan menyedari bahawa kita ini sedang enak dibuai mimpi dunia dan melupakan hari di "Sana".

Anehnya kita tak pernah risau atau takut akan malam itu. Bahkan tak pernah menangis dan berpasrah atas nama ALLAH. Betapa bongkaknya kita.

May ALLAH bless us always!!

Kereta Terbakar Di Tengah Jalan..

Pernah ke korang tengok kereta terbakar akibat accident di tengah jalan?..kalau tak pernah, nie aku tunjukkan beberapa foto yang dikirim oleh kawan2 kat emel aku beberapa minggu yang lepas. Lokasi kejadian kereta terbakar ni berlaku kat jalan utama Seksyen 19, berdepan dgn kedai aksesori kereta Brothers, dan jalan menghala ke bulatan Seksyen 20 Shah Alam.

Menurut kawan aku tu, kereta myvi ni acccident lepas berlanggar dengan kereta kancil. Lalu akibat loss control, pemandu myvi ni terlanggar pokok kat jalan tu..









































Kesimpulannya, berhati2 lah semasa memandu tu..kepada sesiapa yang suka sangat ubahsuai kereta tu, fikir2lah sebelum ubahsuai ye..hal ini akan menyumbang kepada salah satu penyebab kereta korang boleh terbakar tanpa disedari..

Monday, November 2, 2009

Dajjal dan kemusnahan (Part 2)

Ok, firstly aku akan dedahkan pasal secret society around the world... Aku permudahkan, secret society ini adalah pertubuhan-pertubuhan rahsia yang telah diilhamkan oleh dajal laknatullah untuk merencanakan dan melaksanakan rancangan-rancangan jahat dan kotor mereka- New World Order... Terdapat banyak secret society seluruh dunia ni.. Contoh-contoh secret society setakat yang aku tahu adalah Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones, Priory Of Sion, Society Of Jesus/ Jesuit, Knights of The Golden Circle dan banyak lagi..... Samada kite semua sedar ataupun tidak, dunia kita ini sebenarnye dikawal oleh mereka.... teruskan membaca... aku akan rungkaikan sedikit demi sedikit persoalan ini..


Freemason....



Illuminati....



Priory Of Sion...



Skull And Bones...



Knight Of Malta

Monday, October 26, 2009

Dajjal dan kemusnahan (Part 1)

salam semua..

sorry lama xupdate blog, maklumlah sibuk dengan exam..kali nie aku bawakkan kepada korang suatu pengetahuan yang perlu korang tahu...

Apa yang akan aku cubakan lakukan ialah untuk menerangkan apa yang kabur dan menyuluh apa yang gelap dengan sedikit sebanyak ilmu yang aku ada.. Apa yang akan aku kongsi dalam thread ini adalah tentang perancangan-perancangan Dajal/The Antichrist/The Hidden Hand dalam usaha untuk menguasai dunia kita secara menyeluruh.. Aku juga akan berkongsi tentang Imam Mahdi, sejarah sebenar bangsa Melayu, konspirasi-konspirasi dunia, pertubuhan-pertubuhan rahsia di seluruh dunia (Illuminati, Freemason dll), zaman kebangkitan Islam, penyelewengan terhadap agama kristian sebenar, kemunculan panji-panji hitam dan lain-lain..Sesungguhnya, masa untuk kita semakin hari semakin hampir.. SANGAT HAMPIR! Cuma kita tidak tahu dengan tepat bilakah kiamat akan berlaku. Hanya Allah yang maha mengetahui.. Tapi kita sebagai umat akhir zaman haruslah mengkaji dan bersedia untuk menghadapi semua ini. Banyak tanda-tanda kecil yang sudah berlaku. Aku tidak mahu cerita tentang tanda-tanda kecil di sini, aku mahu berkongsi tentang tanda-tanda besar yang semakin menghambat kita. Kita sekarang sudah berada di peralihan tanda kecil kiamat ke tanda besar..

Aku bagi satu contoh tanda kiamat kecil, banyak bangunan pencakar langit dibina.. Itu sudah lama terjadi di dunia ini. Apa yang akan aku kongsi dalam thread ini adalah kemunculan tanda-tanda besar! Kemunculan Dajal, Imam Mahdi dan lain-lain.Aku juga akan sertakan sumber-sumber hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Al-Quran bagi mengukuhkan lagi info-info ini.

Pertama, aku akan menggunakan bahasa dan perkataan baku di sini untuk memudahkan mane-mane org untuk menyalin semula info-info di dalam ruangan blog ini ke mana-mana blog atau forum.. Juga memudahkan untuk diterbitkan e-book jika ada yang berkeinginan..

Keduanya, aku akan cuba berusaha untuk menyusun info-info di dalam rungan blog ini dengan lebih teratur. Aku juga harap kwan2 sekalian untuk memberi komen dan pendapat tentang apa yang aku post ini supaya kita dapat juga berkongsi maklumat dan memperbetulkan mana yang salah jika ada..

Jika ada info-info yang aku kongsi nanti bertentangan dengan info-info yang anda semua tahu aku harap anda semua dapat kongsi di sini.. Sama-sama kita ajak saudara Islam kita yang lain membaca info-info ini. Sedarkan mereka sebelum terlambat.

Aku juga akan sedaya upaya update blog ini jika berkesempatan.. Banyak kejutan yang anda semua tidak menyangka selama ini akan dibongkarkan.Insya Allah semoga kita sama-sama dapat keberkatan dan perlindungan dari Allah s.w.t... Stay tuned! Wake Up People!!

Thursday, October 15, 2009

Pandainya anak papa..

Muhammad Alfi Hakim yang dah menjangkau umur 8 bulan kini semakin pandai. Bila tengok gelagat dia, rasa gundah gulana dalam hatipun hilang. Benarlah orang cakap, anak-anak penyeri kehidupan..Kepada mak bana dengan ayah adi yang kat Arab sana, nie gambo terbaru Hakim..mesti terkejut tengok dia dah lain sangatkan?hehehe.














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails