Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, November 8, 2009

Kereta Terbakar Di Tengah Jalan..

Pernah ke korang tengok kereta terbakar akibat accident di tengah jalan?..kalau tak pernah, nie aku tunjukkan beberapa foto yang dikirim oleh kawan2 kat emel aku beberapa minggu yang lepas. Lokasi kejadian kereta terbakar ni berlaku kat jalan utama Seksyen 19, berdepan dgn kedai aksesori kereta Brothers, dan jalan menghala ke bulatan Seksyen 20 Shah Alam.

Menurut kawan aku tu, kereta myvi ni acccident lepas berlanggar dengan kereta kancil. Lalu akibat loss control, pemandu myvi ni terlanggar pokok kat jalan tu..









































Kesimpulannya, berhati2 lah semasa memandu tu..kepada sesiapa yang suka sangat ubahsuai kereta tu, fikir2lah sebelum ubahsuai ye..hal ini akan menyumbang kepada salah satu penyebab kereta korang boleh terbakar tanpa disedari..

Tuesday, May 26, 2009

Tolak Komunisme

Sudahkan anda membaca akhbar Utusan Malaysia hari nie, satu isu yang patut kita ambil berat adalah berkenaan budaya komunisme yang cuba dibawa masuk ke dalam negara ni..Apakah impak isu nie ke atas masyarakat dan negara?..


PUTRAJAYA 25 Mei – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Sambil menyuarakan rasa amat terkejut dengan tindakan pihak tertentu yang cuba membangkitkan sentimen itu, beliau mengingatkan bahawa adalah satu bencana kepada negara ini jika ada pihak cuba menggalakkan kemunculan semula komunis di Malaysia termasuk menerusi media cetak dan blog.

‘‘Pada masa ini jelas menampakkan seolah-olah ada rangkaian untuk membawa masuk (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke Malaysia dengan cuba membuat penilaian dan peranan baru terhadapnya.

‘‘Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails