Showing posts with label Keluargaku Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Keluargaku Syurgaku. Show all posts

Thursday, October 15, 2009

Pandainya anak papa..

Muhammad Alfi Hakim yang dah menjangkau umur 8 bulan kini semakin pandai. Bila tengok gelagat dia, rasa gundah gulana dalam hatipun hilang. Benarlah orang cakap, anak-anak penyeri kehidupan..Kepada mak bana dengan ayah adi yang kat Arab sana, nie gambo terbaru Hakim..mesti terkejut tengok dia dah lain sangatkan?hehehe.













Sunday, August 2, 2009

Muhammad Alfi Hakim..



Iniah wajah Muhammad Alfi Hakim setelah berusia 5 bulan..dah pandai main, pandai bergurau.Buat papa dia yang jauh nie rindu aje kat dia..Tapi takpe sebab papa dia nak balik bulan 8 nie. Mesti Mak Bana dia kat Jeddah rindukan dia..baliklah Mak Bana dengan Ayah Ady...hehehe..rugi tau tak dapat main dengan Hakim, dah pandai goda orang nak ajak main..hehe..

Monday, May 11, 2009

Inilah wajah Muhammad Alfi Hakim..

Minta maaf sesangat kepada kawan2 yang dah lama minta aku upload foto terbaru hakim..baru hari ini dapat upload, 2 hingga 3 minggu lepas memang sibuk sangat dengan asignment dan sebagainya..Kepada kawan2, ini dia wajah putera sulung kami setelah berusia 2 bulan lebih...



Tengokla gaya Alfi Hakim, masa tidopun berfikir lagi..ada gaya nak jadi Perdana Menteri ni..hehehhe


"Hakim nak ucapkan selamat Hari Ibu kepada mama..kalau tak kerana mama, hakim tak kuat macam nie..cuba tengok lengan hakim, berketul tak??"...


Wah hakim..bersantai nampak..tunggu susu ke?hehehhe..


Ini tak tau keja saper, antara keja bengah, bana atau mama..emm, saper ek?


Hakim kalau dapat tido, macam niela gayanya..relax dan steady..hahahha


Seksinya hakim..malu kat awek2 yang tengok tau..


Tak taula apa yang buat Hakim terbeliak sangat mata macam nie..hehehe..


Itu ajela yang dapat aku upload..nanti ada masa aku upload lagi ek..bye, wassalam...

Tuesday, March 3, 2009

Hadiah Hari Lahir Paling Bermakna..



11 Mac nie mavcam biasala aku menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke 25..sama aje macam2 tahun lepas tiada perbezaan ketara pada tahun nie cuma umur dah makin meningkat. impian pun semakin hampir digapai..cuma tahun nie istimewa sangat sebab aku dapat hadiah paling istimewa daripada seorang isteri..kelahiran Hakim merupakan hadiah paling bermakna sepanjang aku hidup 25 tahun nie..biarla kurang duit, yang penting dapat melihat Hakim membesar di depan mata..Syukur pada Allah..semuanya berjalan mengikut kehendakNYA...

Sunday, March 1, 2009

Foto baby..

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Isteri akupun dah makin ok walaupun dia mengadu sakit juga kadang2, aku faham semua tue.. bila tengok hakim depan mata, rasa saya sangat hati aku. rupanya macam nie la kesakitan yang ditanggung mak aku masa lahirkan aku dulu..besarnya pengorbanan ibu melahirkan dan menjaga kita selama ni..masalah kuning hakim pun dah makin elok..syukur semuanya ok..masa balik memang sayu giler..hakimpun buat perangai menangis dari malam..bila dah balik sini, baru dia ok..agaknya dia tau aku nak balik la tue..kepada kengkawan, nie foto anak aku..kalau ak dah jadi ayah, korang dah jadi pakcik dan makcik.hehehhe

Tuesday, February 24, 2009

Akhirnya nama ini dipilih...

Semalam bertepatan dengan 23hb Februari, aku pegi daftarkan kelahiran anak aku di Jabatan Pendaftaran Negara..Nasib baik ayah mertua aku tolong tunjukkan jalan sebab tempat tue jauh kat Indera Mahkota...Tak mahalpun kos bayaran pendaftaran, cuma 3 ringgit aje.hehehhe...Setelah difikirkan sedalam2nya akhirnya nama telah dipilih iaitu Muhammad Alfi Hakim Bin Mohd Alfizari...tak sangka dah jadi ayah rupanya aku nie..heheheh..Alfi Hakim tue bermaksud seribu kebijaksanaan..aku harapkan anak aku jadi sehebat namanya..berjasa kepada semua orang dan berguna bila besar nanti..hari rabu nie bersamaan 25 Februari kena bawak Hakim pegi check doktor sekali lagi sebab nak pastikan kuning nya semakin sembuh..so nak tak nak aku tak dapat balik IPKS lagi wat masa nie..rasa berat nak balikpun ada sebab tengok baby comel depan mata..emmmmm..sedihnya nak kena tinggalkan Hakim...

Friday, February 20, 2009

Akhirnya dapat juga balik..

Setelah 3 hari kelahiran anak sulung yang pertama akhirnya aku dapat jua balik ke kuantan untuk jenguk isteri dan anak buat pertama kalinya selepas berita gembira nie aku dapat 3 hari yang lepas..terima kasih kepada penaja kenderaan iaitu saudara bon kerana memberikan aku peluang menggunakan kenderaannya untuk ke tung ma pagi ni..thanks gak kepada khalid dengan akmal sebab tolong menghantar aku ke tungma pagi nie. walaupun akmal dalam situasi masih nak tido sebab...(xdapat bagitau, sendiri mau ingat.hehehehe)..tima kasih gak kepada kengkawan yang bagi hadiah untuk baby aku seperti marina, musa, akmal dengan khalid..hehehe..jasamu dikenang..kepada yang lainpun thanks gak sebab banyak tolong aku untuk balik kali nie..thanks geng..

Tuesday, February 17, 2009

Alhamdulillah..lahirnya seorang putera..

syukur kehadrat Illahi..dah cantik sangat perjalanan hidupku diatur oleh yang ESA..daripada tak punya apa2, daripada yang tak memiliki segala2nya..kini aku mempunyai sesuatu yang berharga bagi setiap pasangan yang ada. kehadiran seorang cahaya mata, besar nilainya buat diriku dan isteri..kehadiran seorang putera pastinya mewarnai kehidupan yang sedia ada..insyaAllah, tanggungjawab yang diberikan Yang Maha Esa ini akan aku pikul sebaik2nya..kepada kengkawan, siapa nak belanja siapa nie?hehehehe...

Saturday, February 7, 2009

Tahniah buat embong..

Pagi ni lebih kurang jam 9 pagi aku mendapat perkhabaran gembira dari Kuantan. Kakak ipar aku iaitu embong selamat melahirkan sepasang bayi kembar perempuan..Tahniah gak buat abg emiril kerana dah menjadi ayah..tinggal isteri aku aje belum bersalin lagi. Tapi yang pasti dalam masa terdekat..syukur, segala ketentuan Illahi pasti terjawab akhirnya..

Friday, February 6, 2009

Aku yang terbaring

Dah 2 hari aku demam, ubat doktor pun dah nak makin habis..lemah aje rasa dibuatnya. nak bergerak ke sana sini pun tak dapat. nak tak nak duduk ajela di dalam bilik. nasib ada internet, leh gak baca surat khabar, beli tiket Airasia dan lain2..semoga demam nie semakin kebah dan aku semakin sembuh..

Tuesday, November 4, 2008


Buat isteriku nashrah..



SYURGA di dunia ini adalah rumah tangga yang bahagia, penuh dengan rasa sakinah, mawaddah dan rahmah. Neraka pula rumah tangga yang hancur, suami isteri saling menyalahi, curiga, tidak saling mencintai dan jauh daripada rasa sakinah mawaddah dan rahmah.
Sesungguhnya, dengan berkahwin, suami tidak saja mendapat seorang isteri, tetapi seluruh dunia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah yang akan menjadikan rumah kita bagaikan syurga - baiti jannati.
Sejak perkahwinan sampailah ke akhir hayat, insya-Allah, isteri akan menjadi sahabat terbaik suami.
Dengannyalah suami berkongsi suka, duka, impian, harapan dan juga kecemasan. Ketika sakit, dialah yang akan merawat. Ketika memerlukan pertolongan, dia akan melakukan apa saja untuk suami.
Ketika berkongsi rahsia, dia akan menjaga rahsia itu dengan amanah. Ketika perlu nasihat, dia akan memberikan nasihat terbaik.
Dia juga akan selalu bersama suami. Ketika terbangun pada waktu pagi yang pertama suami lihat adalah isterinya. Dia selalu memikir dan berdoa untuk kebaikan suami dengan sepenuh hati dan suami ada dalam fikiran, doa dan hatinya.
Ketika tidur di malam hari, perkara terakhir yang suami lihat adalah dia. Suami dunianya dan dialah dunia suami.
Sebenarnya, hubungan antara suami isteri penuh dengan hal mengagumkan. Tidak mudah digambarkan dengan kata-kata betapa rasa cinta, kasih sayang, keintiman, kedamaian serta kesejukan yang mengisi hati pasangan itu.
Penjelasan rasional semua itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t dan atas kehendak-Nya. Allah mengingatkan manusia yang mencari kewujudan-Nya bahawa satu daripada tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menjadikan rasa kasih dan sayang.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar Rum: Ayat 21)

Tetapi hati manusia bukan statik. Ia sangat dinamis. Perasaan dapat berubah setiap waktu. Cinta pun boleh terbang dan hilang. Ikatan perkahwinan boleh menjadi lemah apabila tidak dijaga dengan baik.
Rumah tangga tidak dapat dijamin sentiasa bahagia. Perlu usaha daripada kedua pihak untuk saling memelihara rasa kasih dan sayang. Ibarat sebuah pohon, tanahnya perlu dirawat, dijaga dan dipupuk.
Bagi suami, mereka hidup dalam persekitaran sibuk dan melelahkan serta dikelilingi pelbagai tanggungjawab. Ada ketikanya dia tidak dapat meluangkan waktu bersama isteri dan terpaksa bersendirian dalam kesibukan kerja dan komitmen tugas.
Suami perlu pastikan keadaan itu tidak terjadi terus menerus. Cubalah sesekali luangkan waktu untuk melakukan kegiatan secara bersama dengan isteri anda.
Rasulullah pernah meluangkan waktunya untuk berlumba lari dengan Aisyah r.a.
Justeru, berjalanlah dengan isteri beriringan. Lakukan aktiviti bersama, mengunjungi teman bersama, berkelah bersama atau membeli-belah bersama.
Selalulah menjaga kemesraan dalam perhubungan. Kehidupan moden hampir mengubah kita menjadi robot atau mesin teknologi tinggi tanpa emosi.
Menunjukkan emosi dan perasaan yang dirasakan adalah perlu untuk menjaga ikatan perkahwinan daripada menjadi berkarat.
Jangan meremehkan hal penting yang nampak kecil seperti memberi isteri wang perbelanjaan, memicit bahunya atau membukakan pintu kereta dan sebagainya.
Ingatlah Rasulullah pernah menyediakan kakinya untuk membantu isteri naik ke atas unta.
Usahakanlah untuk menyediakan waktu solat berjamaah dengan isteri. Memperkuatkan hubungan dengan Allah adalah jaminan terbaik agar perkahwinan sentiasa kukuh.
Rasulullah memberi sanjungan sangat tinggi bagi pasangan bangun malam untuk solat bersama atau masing-masing membangunkan pasangan untuk solat sekalipun dengan memercikkan air di muka.
Lakukan usaha terbaik untuk isteri dengan kata-kata dan perbuatan.
Berbicaralah kepadanya dengan baik. Senyum dan minta nasihatnya. Mintalah pendapatnya dan luangkan waktu berkualiti dengannya dan selalu ingat Rasulullah bersabda: “Yang terbaik di antara kamu adalah yang terbaik memperlakukan isterinya.”

Pasangan yang berjanji untuk saling mencintai dan menghormati sampai akhir hayat adalah sangat baik.
Tetapi hal ini tidak cukup. Suami harus mencintai apa yang dicintai isteri seperti keluarganya dan hal yang dia cintai harus menjadi kecintaan suami pula.
Rasulullah mencintai Khadijah, isterinya menemani baginda selama 25 tahun. Baginda terus menerus mencintai Khadijah dan mengingatnya.
Selepas kematian Khadijah beberapa tahun kemudian, Rasulullah tidak pernah melupakannya, bahkan sanak saudara dan teman Khadijah baginda utamakan yang kadang-kala membuat Aisyah cemburu.
Cintailah isteri tidak hanya sampai dia meninggal dunia tetapi tanamkan hasrat mahu terus bersamanya di akhirat kelak, insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails