Sunday, June 28, 2009

Pembuka tirai semester ini

Berakhirnya cuti pada 21 Jun lalu disambut dengan kursus kejurulatihan bolasepak pra-c yang diadakan di IPGM Kampus Keningau. Seramai 35 orang peserta kursus terlibat di dalam kursus yang mengambil masa selama 5 hari untuk ditamatkan. Para peserta kursus datang dari seluruh pelusok negeri sabah, sarawak dan labuan. Kursus ini merupakan pra-syarat kepada individu yang berminat untuk menjadi jululatih bola sepak sehingga ketahap yang lebih tinggi. Instruktor bagi kursus ini adalah Tn Hj Norizan Bakar yang merupakan bekas jurulatih kebangsaan. Terdapat banyak ilmu, pengetahuan dan pengalaman baru yang aku perolehi hasil mengikuti kursus ini. Berikut aku paparkan beberapa foto menarik untuk tatapan umum..



Ketika mengikuti kuliah teori di dalam kelas..




antara orang kuat menjayakan kursus ini






Kelas praktikal di padang




coach norizan menunjukkan skill menimbang bola di atas kepala dengan betul







gambar kenangan beramai2..kredit to khairunie for the best foto..

Thursday, June 11, 2009

Kisah cuti siri 2

Alhamdulillah, akhirnya ada masa gak untuk aku membuat sedikit coretan masa cuti sekolah nie..nama aje cuti, tapi macam2 keja kena buat..yang paling busy, menjaga alfi hakim..bukan main manja lagi, maklumlah dah berusia 4 bulan.

bercerita pasal cuti sekolah nie, pada hari ahad yang lepas semasa aku nak baliki kuantan dari sg buloh, aku terperangkap selama sejam kat lebuhraya pantai timur berhampiran susur keluar ke temerloh..masa tue memang jem teruk, dah macam apa dah jalan punya jem..ada la dekat 10 kilomter kenderaan tak bergerak. aku siap matikan enjin, lepak tepi jalan...rupanya2 ada kemalangan ngeri melibatkan sebuah van dan sebuah perodua myvi. 4 orang mati dan 7 cedera parah...pemandu van tue tercampak ke bawah gaung, manakala 3 orang lak bergelimpangan atas jalan..ngeri betul, rasa insaf betul...

bercerita gak pasal cuti nie, tak banyak benda aku buat. tapi rasanya cuti nie paling best dalam banyak2 cuti aku selama nie..pertamanya. aku menyambut ulangtahun perkahwinan kedua dengan isteri pada 1 jun lalu..kedua, isteri aku dah start keja sebagai pegawai sulh di mahkamah syariah kuantan (tercapai gak cita2 dia). Ketiga, jaga sendiri alfi hakim yang sekarang dah makin pandai tegur orang..semua orang dia tegur, peramah macam mak dia (ini rosli boleh confirmkan)..dan keempat, menghadiri kenduri rakan2 dan sanak saudara..walaupun tak dapat memenuhi semua jemputan, sekurangnya tiap2 minggu aku dan isteri ada aje tercongok pegi makan free..hehehe...dan yang terakhirnya aku tak sabar nak mulakan kuliah sebab ianya adalah semester yang terakhir...pengajian 5 tahun setengah dah hampir menemui penghujungnya...insyaallah, lepas nie akan ku buktikan bahawa usaha kerajaan memberi biasasiswa pengajian kepada aku dengan kawan2 yang lain amat berbaloi (macam ayat bodek ajekan)hehehhe...

apa2pun, 1 more weeks to go..kita tengok lak citer episod akan datang ek...bye my fren...salam...

Wednesday, June 3, 2009

Kisah cuti siri 1

salam semua..pekabor? tentu best aje kan, maklumlah cuti..hehe..sebut pasal cuti nie, aku teringat pasal hari aku nak balik ke semenanjung..penerbangan aku hari tue lebih kurang jam 6.30 petang menaiki pesawat AK 5115. Ono yang hantar ke airport dengan hani..musa lak temankan aku kat airport, maklumlah flight dia hari isnin..adala sebab tue dia balik lewat, entah2 ada date dengan rabiatul..huhuhu...

kitorang duduk port kat KFC, musa kata nak minum dan makan2, hilang ngantuk katanya..ada hati nak makan KFC, padahal duit dia ada 5 ringgit aje..haha, aku gurau aje musa (dengan nada, bayar hutang ko)..hehehe..

lepas makan, kitorg pegila pusing2 satu airport, dah tak tau nak watpe..ntah macam mana tiba2 kitorang ternampak si pika..hohoho,apa lagi kena kacaula dengan kitorg..rupanya flight si pika sama dengan aku..sembang punya sembang, jam dah dekat jam 6..aku pun gerak masuk ke balai berlepas. si pika memang dah masuk awal2 tadi, nak cop tempat duduk la tue...padahal aku relax aje..

jam 6.15 pengumuman dari staf airasia minta semua penumpang flight ke KL petang tue untuk bersedia, maklumlah pesawat dah sedia berlepas..aku nampak si pika beratur paling depan, fuiyo minah nie, nak cop tempat pertama la tue..siap ejek2 aku lagi pasal aku tak dapat depan macam dia..padahal dia tak tau aku guna express boarding..last, masa kena panggil masuk, aku dengan bangga bangun dari kerusi dan teruis ke pintu keluar, sambil tunjuk pas masuk aku, aku siap buat muka bangga lagi, si pika angin aje...hahahahha..mesti lenguh aje ko berdiri lama kan pika?...memang best giler la masa tue, maklumlah kalo dapat kenakan si pika memang best...itu baru kisah lawak pertama..dalam pesawat lak, si pika nie duduk main hentam aje, padahal kat pas boarding tue dah tulis tempat duduk masing2..last dia bangun pegi tempat duduk dia gak..punyala aku tergelak..

aku rasa flight dua jam setengah ke KL hari tue paling cepat, pertama sebab aku exciter nak balik. kedua, sebab tergelak bila teringat peristiwa si pika...hehehehe...

nanti aku menulis lagi pada siri kedua, bye...salam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails