Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri..



Di kesempatan yang ada ini, saya nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sanak saudara, kawan2 dan turut tidak dilupakan pengunjung blog ini..Mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya berkarya di blog ini terdapat kesilapan dan kesalahan sehingga mengguris hati sesetengah pihak..Sedar tidak sedar Ramadhan Al-Mubarak telah hampir meninggalkan kita..berapa banyak yang dapat memanfaatkannya dengan ibadah sepanjang bulan itu?..

Kepada Bana dan Ady yang berada jauh nun di Arab Saudi, abg epi ucapkan selamat hari raya aidilfitri..walaupun tak dapat balik, hulur2lah duit raya kat sini...hehehhe..(gurau aje)..

Apa2pun, dalam berseronok nak menyambut hari raya tue, jangan ada di antara kita yang lupa untuk bayar zakat fitrah pulak..mungkin ada orang berduka ketika kita bergembira..

Kepada mereka yang memandu kenderaan tu, hati2lah di jalanraya, ingatlah orang tersayang..banyakkan bersabar ketika musim2 perayaan begini. Memang tidak dinafikan jalan akan jem teruk dan sesak..

_fizkitiz_

Friday, September 4, 2009

Salam Ramadhan







Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan hati yang gembira dan penuh kesyukuran. Penuhi bulan yang mulia ini dengan ibadat-ibadat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT..Dekati sifat mahmudah, jauhi sifat mazmumah..

Salam ikhlas dari saya..fizkitis

Friday, May 29, 2009

Bermulanya sebuah perjalanan lagi..



Syukur alhamdulillah, exam yang memenatkan selama 4 hari berjaya diharungi gak..tahniah ditujukan wat kawan2 oum, especially roomate aku si akmal sebab berjaya menjegilkan mata sampai jam 3-4 pagi setiap hari semata2 nak study..kepada akmal, kalau ko boleh bangun wat qiamullail macam tue sejuk hati aku tengok..hehehhe...

kepada kengkawan yang dah balik, selamat bercuti diucapkan..tinggal satu sem aje lagi kita akan mencipta sejarah sebagai bakal guru dari program PISMP yang pertama..buktikan kita leh jadi yang terbaik..biarlah setiap pujian yang kita terima dari guru2 dan pihak pengurusan sekolah semasa kita lakukan praktikum sebagai bukti bahawa kita bukannya menjadikan kerjaya guru sebagai penyelamat ekonomi..

alhamdulillah, semoga cuti kali ini memberi 1000 harapan dan sinar buat masa depan kita yang sudah hampir terbuka di depan mata..jangan lupa panjatkan kesyukuran ini kepada Illahi..DIA lah sebaik2 pemberi rezeki..aminnnn...

Monday, May 18, 2009

Saat itu semakin menghampiri...

Good luck my dear friend..selamat belajar for final exam...and happy holiday...see you again on next semester...one more semester to go







Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009




Hari guru yang disambut saban tahun pada 16 Mei cukup bermakna untuk menghargai kegigihan dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsanya..kepada semua guru2 yang berada di luar sana, SELAMAT HARI GURU aku ucapkan..jasa kalian dalam mendidik kami tidak pernah kami lupakan...

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu...







Rasanya tak terlambat lagi untuk aku dan isteri ucapkan selamat hari ibu kepada ibuku puan Maznah bt Zakaria dan ibu mertuaku puan Norehan Binti Mat Lazim..Jasa kalian membesarkan kami tidak dapat kami balas dengan wang ringgit..kepada isteriku pula, selamat hari ibu juga sebab sekarang dah jadi ibu...semoga Hakim dibesarkan dengan penuh kasih sayang dari seorang ibu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails