Thursday, June 11, 2009

Kisah cuti siri 2

Alhamdulillah, akhirnya ada masa gak untuk aku membuat sedikit coretan masa cuti sekolah nie..nama aje cuti, tapi macam2 keja kena buat..yang paling busy, menjaga alfi hakim..bukan main manja lagi, maklumlah dah berusia 4 bulan.

bercerita pasal cuti sekolah nie, pada hari ahad yang lepas semasa aku nak baliki kuantan dari sg buloh, aku terperangkap selama sejam kat lebuhraya pantai timur berhampiran susur keluar ke temerloh..masa tue memang jem teruk, dah macam apa dah jalan punya jem..ada la dekat 10 kilomter kenderaan tak bergerak. aku siap matikan enjin, lepak tepi jalan...rupanya2 ada kemalangan ngeri melibatkan sebuah van dan sebuah perodua myvi. 4 orang mati dan 7 cedera parah...pemandu van tue tercampak ke bawah gaung, manakala 3 orang lak bergelimpangan atas jalan..ngeri betul, rasa insaf betul...

bercerita gak pasal cuti nie, tak banyak benda aku buat. tapi rasanya cuti nie paling best dalam banyak2 cuti aku selama nie..pertamanya. aku menyambut ulangtahun perkahwinan kedua dengan isteri pada 1 jun lalu..kedua, isteri aku dah start keja sebagai pegawai sulh di mahkamah syariah kuantan (tercapai gak cita2 dia). Ketiga, jaga sendiri alfi hakim yang sekarang dah makin pandai tegur orang..semua orang dia tegur, peramah macam mak dia (ini rosli boleh confirmkan)..dan keempat, menghadiri kenduri rakan2 dan sanak saudara..walaupun tak dapat memenuhi semua jemputan, sekurangnya tiap2 minggu aku dan isteri ada aje tercongok pegi makan free..hehehe...dan yang terakhirnya aku tak sabar nak mulakan kuliah sebab ianya adalah semester yang terakhir...pengajian 5 tahun setengah dah hampir menemui penghujungnya...insyaallah, lepas nie akan ku buktikan bahawa usaha kerajaan memberi biasasiswa pengajian kepada aku dengan kawan2 yang lain amat berbaloi (macam ayat bodek ajekan)hehehhe...

apa2pun, 1 more weeks to go..kita tengok lak citer episod akan datang ek...bye my fren...salam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails