Tuesday, May 26, 2009

Tolak Komunisme

Sudahkan anda membaca akhbar Utusan Malaysia hari nie, satu isu yang patut kita ambil berat adalah berkenaan budaya komunisme yang cuba dibawa masuk ke dalam negara ni..Apakah impak isu nie ke atas masyarakat dan negara?..


PUTRAJAYA 25 Mei – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Sambil menyuarakan rasa amat terkejut dengan tindakan pihak tertentu yang cuba membangkitkan sentimen itu, beliau mengingatkan bahawa adalah satu bencana kepada negara ini jika ada pihak cuba menggalakkan kemunculan semula komunis di Malaysia termasuk menerusi media cetak dan blog.

‘‘Pada masa ini jelas menampakkan seolah-olah ada rangkaian untuk membawa masuk (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke Malaysia dengan cuba membuat penilaian dan peranan baru terhadapnya.

‘‘Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails