Tuesday, May 12, 2009

Antara persoalan dan iktibar, ambillah pengajaran di bawah...



Teringat sewaktu di Bumi sakura dahulu , kawan-kawan Jepun sering mempersoalkan mengapa saya begitu berkira soal daging halal atau haram . Bila saya kata , daging-daging yang disembelih cara ISLAM sahaja yang di bolehkan makan , mereka sibuk bertanya bagaimana cara sembelihan nya . Bila saya terangkan cara-cara sembelih sepanjang pengetahuan saya , mereka menganggap cara mengerat kerongkong itu seolah menyeksa binatang tersebut . Saya diam . Teringat pada tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik mengenai isu sembelihan cara ISLAM pada pandangan non-muslim .

Tulisan beliau dalam buku kegilaan saya ( 20 Soalan Paling Lazim Tentang ISLAM ) , ketika pernah seorang Sikh bertanya pada seorang Muslim , “Mengapa kamu menyembelih haiwan dengan cara menyakitkan iaitu dengan mengerat kerongkong dan tidak mengikut cara kami , secara sekali pukulan (jhatka) ? ” Dan dengan bergurau Muslim itu menjawab , “Kami lebih berani dan gagah kerana menyerang dari hadapan , bukan nya belakang ! “ .

Mengetepikan gurauan itu , mungkin kita boleh mancari bukti – bukti lain atau mungkin kita boleh katakan sebagai hikmah peraturan ALLAH ini . Saya petik tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik secara ringkas untuk memberi kita gambaran dan jawapan paling jelas untuk tanda tanya ini dari sudut sains .

Zakkaytum adalah asal dari verb (=doushi) perkataan zakka yang membawa makna mensucikan . Penyembelihan haiwan cara ISLAM menghendaki pematuhan syarat berikut :

1) Haiwan disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .
2) Dikerat salur udara , kerongkong dan saluran darah leher – menyebabkan kematian nya tanpa dikerat gentian saraf di dalam tulang belakang .
3) Darah perlu disalirkan – Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma . Gentian saraf tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah .

Antara kelebihan dan hikmah-hikmah lain yang tercatat dalam tulisan ini adalah :

1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria – darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM .
2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama – berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain .
3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih – Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan .

Saya cukup kagum dengan tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik ini kerana huraian jawapan bagi setiap isu yang diutarakan sangat jelas dan “verbatim” sekali . Anda pasti akan mengangguk puas membaca bait-bait penjelasan dari nya mengenai persoalan yang sering menjadi tanda tanya non muslim malahan muslim sendiri dalam isu-isu penting umat ISLAM masa kini .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails