Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk : Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat, oleh itu jika seseorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi.
'Uthman bin 'Affan r.a
Sumber : JAKIM
apabila hati mula berdetik, akal bertemu rumahnya, jari mencari tempatnya, di situlah sebuah ceritera baru bermula...
Tuesday, May 26, 2009
Oreo Cheese Kek

Bahan-bahan
* 1 pek biskut oreo
* 1/3 sb butter - cairkan
* 3 pek krim cheese (8oz setiap satu)
* 3/4c gula -nk kurang suka hati
* 1sb krim masam
* 1 tsp vanilla essence
* 4 biji telur
Cara-cara
1. Panaskan oven 350°F . Asingkan sedikit biskut oreo. Kemudian hancurkan kesemua baki biskut, buang krimnya.
2. Masukkan biskut yang hancur tadi ke dalam butter yang telah di cairkan.
3. Canaikan/tekan dengan kuat pada loyang 9" sehingga padat lebih kurang 2 inci tebal.
4. Putar krim cheese dan gula, speed medium sehingga sebati.
5. Tambahkan sour krim dan vanilla, kacau sebati.
6. Tambahkan telur, satu per satu dengan speed perlahan. Putar sehingga sebati sahaja, elakkan 'overbeat'.
7. Biskut yang telah diasingkan awal tadi hancurkan secara kasar dan tabur ke dalam adunan cheese.
8. Gaul menggunakan spatula dengan perlahan.
9. Tuang kedalam loyang berisi base oreo tadi.
10. Bakar selama 55 minit atau sehingga set.
11. Apabila siap sejukkan dahulu di atas jaring dawai.
12. Selepas itu sejukkan lagi di dalam peti sejuk selama paling kurang 4jam.
Seeloknya dibiarkan semalaman di dalam peti.
Saiz hidangan : 16 - loyang 9"
Cadangan hidangan : Jika ingin mengelakkan permukaan kek jadi kuning, lapik aluminium foil di atas kek pada 15 -20 minit terakhir.
Hias ikut citarasa masing-masing. Menarik jika disusunkan biskut oreo di keliling kek bersama hiasan whipping cream.
Monday, May 25, 2009
Di sebalik Tirai Besi Penjara Pudu

Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di "BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu.Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata...
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu"
"Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa" "Ahmaaaaaad Albab yang
punyaaaaaa""Ha Ha Ha Ha Ha" Sekian adanya... ... ... padan muka
korangggggg..asyik tengok blog je ... keje tak buat... . Jangan
marah ye... ... gurau je... Kalau marah nanti kena jual... . hehehe...
buruk rupe kalau marah
huhuhu..best dapat kenakan orang..hahahahhaha
Maruah Agama Yang Dijulang
Kisah berlaku pada satu masa yang lampau, di sebuah negara Arab. Maka disebut di dalam sebuah kitab sirah, pada suatu petang yang biasa, seorang gadis Islam sedang berjalan berseorangan di sebuah kampung. Dia kemudiannya melintasi sekumpulan anak muda lelaki yang bukan beragama Islam, yang sedang duduk berkumpul di tepi jalan tersebut.
Tiba-tiba, datanglah akal jahat terhadap gadis tersebut di benak kepala salah seorang daripada kumpulan anak muda itu. Dia berhajat untuk mengganggunya. Lalu pemuda ini bangun, berjalan ke arah gadis tersebut. Tanpa sebab, tanpa isyarat, dia terus menolak gadis itu.
Dek lemah seorang perempuan, tolakan tersebut menyebabkan gadis ini tersungkur, jatuh tertiarap di atas jalan, hingga tersingkap kainnya ke paras betis. Pemuda yang menolak itu tadi ketawa berdekah-dekah, sambil diikuti jua kawan-kawannya yang lain kerana berjaya memalukan gadis itu. Mereka gembira berjaya memalukan seorang gadis Islam.
Cepat-cepat gadis malang itu membetulkan semula kainnya, menutup auratnya yang terbuka tadi. Lalu dia bangun, berdiri semula mengadap kumupulan pemuda tersebut yang masih dengan hilaian ketawa mereka. Gadis ini menjerit sekuat hatinya meminta tolong.
Diriwayatkan, maka terdengarlah seorang anak muda Islam akan jeritan tersebut. Tanpa berfikir panjang, dia terus melompat ke arah kumpulan pemuda tersebut dengan tujuan ingin membela gadis yang dimalukan itu. Malangnya, dia yang keseorangan menentang, telah tertewas. Dia mati terbunuh.
Seorang tua melihat keseluruhan kejadian tersebut. Dia bertekad untuk melaporkan peristiwa ini kepada Khalifah, yang tinggal beribu-ribu batu jauhnya. Dengan segala kesusahan, akhirnya dia sampai juga kepada Khalifah dan terus menceritakan kejadian ini.
Sebaik sahaja mendengar cerita ini, Khalifah bingkas berdiri. Mukanya merah padam menahan marah. Badannya menggeletar. Istana menjadi hening seketika. Dengan suara yang lantang, Khalifah bertempik, " Mana mungkin maruah Islam dijatuhkan. Mana mungkin maruah Islam dipermainkan!".
Lalu beliau mengerah askarnya ke kampung tersebut demi menebus semula maruah agama Islam. Dipendekkan cerita, kumpulan pemuda yang bersalah itu dapat dihukum.
Moral cerita ini ialah - lihatlah bagaimana kuatnya keadaan orang Islam ketika itu, sehinggakan sebarang usaha menjatuhkan maruah Islam, walaupun hanya melibatkan aurat seorang gadis Islam, pasti akan dipertahankan habis-habisan.
Hebat kan?
Renung2kan lah kembali, adakah kita pada hari ini menjaga maruah agama yang dijanjikan syurga oleh ALLAH SWT ini sebaiknya? tepuk dada, tanya iman...

Sunday, May 24, 2009
Gangsterisme : Isu & Penyelesaian

Faktor Pelajar Terjerumus
* Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
* Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
* Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
* Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.
Langkah Pencegahan
* Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah:pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
* Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.
* Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
* Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
* Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
* Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
* Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.
(artikel ini diperolehi daripada laman web PDRM).
Monday, May 18, 2009
Saat itu semakin menghampiri...
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru 2009
Tuesday, May 12, 2009
Antara persoalan dan iktibar, ambillah pengajaran di bawah...
Teringat sewaktu di Bumi sakura dahulu , kawan-kawan Jepun sering mempersoalkan mengapa saya begitu berkira soal daging halal atau haram . Bila saya kata , daging-daging yang disembelih cara ISLAM sahaja yang di bolehkan makan , mereka sibuk bertanya bagaimana cara sembelihan nya . Bila saya terangkan cara-cara sembelih sepanjang pengetahuan saya , mereka menganggap cara mengerat kerongkong itu seolah menyeksa binatang tersebut . Saya diam . Teringat pada tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik mengenai isu sembelihan cara ISLAM pada pandangan non-muslim .
Tulisan beliau dalam buku kegilaan saya ( 20 Soalan Paling Lazim Tentang ISLAM ) , ketika pernah seorang Sikh bertanya pada seorang Muslim , “Mengapa kamu menyembelih haiwan dengan cara menyakitkan iaitu dengan mengerat kerongkong dan tidak mengikut cara kami , secara sekali pukulan (jhatka) ? ” Dan dengan bergurau Muslim itu menjawab , “Kami lebih berani dan gagah kerana menyerang dari hadapan , bukan nya belakang ! “ .
Mengetepikan gurauan itu , mungkin kita boleh mancari bukti – bukti lain atau mungkin kita boleh katakan sebagai hikmah peraturan ALLAH ini . Saya petik tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik secara ringkas untuk memberi kita gambaran dan jawapan paling jelas untuk tanda tanya ini dari sudut sains .
Zakkaytum adalah asal dari verb (=doushi) perkataan zakka yang membawa makna mensucikan . Penyembelihan haiwan cara ISLAM menghendaki pematuhan syarat berikut :
1) Haiwan disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .
2) Dikerat salur udara , kerongkong dan saluran darah leher – menyebabkan kematian nya tanpa dikerat gentian saraf di dalam tulang belakang .
3) Darah perlu disalirkan – Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma . Gentian saraf tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah .
Antara kelebihan dan hikmah-hikmah lain yang tercatat dalam tulisan ini adalah :
1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria – darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM .
2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama – berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain .
3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih – Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan .
Saya cukup kagum dengan tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik ini kerana huraian jawapan bagi setiap isu yang diutarakan sangat jelas dan “verbatim” sekali . Anda pasti akan mengangguk puas membaca bait-bait penjelasan dari nya mengenai persoalan yang sering menjadi tanda tanya non muslim malahan muslim sendiri dalam isu-isu penting umat ISLAM masa kini .
Monday, May 11, 2009
Inilah wajah Muhammad Alfi Hakim..
Minta maaf sesangat kepada kawan2 yang dah lama minta aku upload foto terbaru hakim..baru hari ini dapat upload, 2 hingga 3 minggu lepas memang sibuk sangat dengan asignment dan sebagainya..Kepada kawan2, ini dia wajah putera sulung kami setelah berusia 2 bulan lebih...

Tengokla gaya Alfi Hakim, masa tidopun berfikir lagi..ada gaya nak jadi Perdana Menteri ni..hehehhe

"Hakim nak ucapkan selamat Hari Ibu kepada mama..kalau tak kerana mama, hakim tak kuat macam nie..cuba tengok lengan hakim, berketul tak??"...

Wah hakim..bersantai nampak..tunggu susu ke?hehehhe..

Ini tak tau keja saper, antara keja bengah, bana atau mama..emm, saper ek?

Hakim kalau dapat tido, macam niela gayanya..relax dan steady..hahahha

Seksinya hakim..malu kat awek2 yang tengok tau..

Tak taula apa yang buat Hakim terbeliak sangat mata macam nie..hehehe..
Itu ajela yang dapat aku upload..nanti ada masa aku upload lagi ek..bye, wassalam...

Selamat Hari Ibu...

Rasanya tak terlambat lagi untuk aku dan isteri ucapkan selamat hari ibu kepada ibuku puan Maznah bt Zakaria dan ibu mertuaku puan Norehan Binti Mat Lazim..Jasa kalian membesarkan kami tidak dapat kami balas dengan wang ringgit..kepada isteriku pula, selamat hari ibu juga sebab sekarang dah jadi ibu...semoga Hakim dibesarkan dengan penuh kasih sayang dari seorang ibu...
Subscribe to:
Posts (Atom)